KKTM Lenggong (MARA Higher Vocational College Lenggong)

Assalamualaikum

Hari ni Cik Dilah nak kongsikan beberapa info pasal KKTM. First time Cik Dilah dengar nama KKTM, Cik Dilah asyik sebut KTM(Keretapi Tanah Melayu) sebab tak suka sebut benda yang sama berulang kali...Bila sebut cakap belajar di KTM, ada sesetengah ingat Cik Dilah habis belajar nanti boleh jadi pemandu atau  pramugari dalam ETS tu..hahhaah😆Tapi bila dah lama belajar kat sini, dah jadi biasa la utk sebut double K tu. Cik Dilah belajar Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi (Sains Herba)

Cik Dilah taw pasal KKTM ni melalui bestfriend yang belajar di IKM Sik. Untuk maklumat korang jugak, KKTM adalah salah satu Institusi Pendidikan MARA (iPMA) yang ditubuhkan bawah MARA. Adi- beradik IKM dan MJII. Pengambilan untuk iPMA akan dibuat dua kali setahun iaitu sesi Januari dan Julai. Terdapat 8 buah kolej KKTM di seluruh Malaysia dimana setiap kolej menawarkan pelbagai program pengajian yang berbeza di Peringkat Diploma sahaja.

Tujuan KKTM ditubuhkan adalah untuk melahirkan belia bumiputera yg berkemahiran dalam pelbagai bidang teknikal dan kemahiran yag membolehkan belia untuk berkhidmat dalm sektor perdagangan, perusahaan dan perindustrian serta wujudkan lebih ramai bakal-bakal usahawan. Nak taw lebih terperinci mengenai kos yang ditawarkan oleh setiap KKTM, adik2 boleh terus search di web rasmi KKTM,link ada dalam peta di bawah..pilih jangan tak pilih. Kalau di laman web rasmi KKTM Lenggong under Program Pengajian, adik2 boleh tawu pasal syarat kemasukan, prospektus program, peluag kerjaya, kandungan silibus dan equipment yang terlibat dalam setiap kos dekat situ.
Bawah ni Cik Dilah senaraikan kos yang ditawarkan setiap KKTM.
Zon
KKTM
Kursus Yang Ditawarkan
Utara
KKTM Balik Pulau
Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik Industri
Diploma Teknologi Kejuruteraan
Pembuatan
Diploma Teknologi Kejuruteraan
Pembuatan (Acuan Tekan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan
Pembuatan (Acuan Suntikan Plastik)
Diploma Teknologi Kejuruteraan
Pembuatan (Rekabentuk Produk)
Diploma Teknologi Pembuatan
Tengah
KKTM Petaling Jaya

HND in Electronic Engineering Pearson
BTEC Level 5
Diploma Kejuruteraan Elektronik (Objek
Rangkaian Internet)

KKTM Lenggong
Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi (Sains Herba)
Diploma Herba dan Hasilan Semulajadi (Pembuatan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyelenggaraan Loji
Diploma Teknologi Pembungkusan dan Rekabentuk
Diploma Teknologi Kejuruteraan Makanan

KKTM Rembau

Diploma Filem dan Animasi Digital
Diploma Rekabentuk Media Digita
Diploma Rekabentuk Fesyen
Diploma Rekabentuk Dalaman
Diploma Rekabentuk Perabot

Timur
KKTM Pasir Mas
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Domestik dan Industri)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
Diploma Senibina
Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Rekabentuk
Diploma Teknologi Kejuruteraan Bangunan
KKTM Kemaman
Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Operasi Pesisir)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji Proses (Instrumentasi dan Kawalan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Perpaipan)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Elektrikal)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Mekanikal)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Loji (Struktur Luar Pesisir)
Diploma Teknologi Kejuruteraan Eletrik (Operasi Loji)


KKTM Kuantan
Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Pembuatan Automotif)
Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Pembuatan)
Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Teknologi dan Proses)
Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Automasi Industri dan Robotik)
Diploma Kejuruteraan Pembuatan (Kualiti dan Produktiviti)

Selatan
KKTM Ledang

Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Terapeutik)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Diagnostik)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Radiologi dan Pengimejan)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Makmal)
Diploma Kejuruteraan Instrumentasi Bioperubatan (Teknologi Maklumat Berkomputer)
Diploma Kompetensi Rangkaian Komputer dan Sistem Pentadbiran

KKTM Sri Gading

Diploma Teknologi Pembinaan (Sistem Termaju)
Diploma Teknologi Pembinaan (Geo- struktur)
Diploma Teknologi Pembinaan (Jalanraya dan Pengangkutan)
Diploma Teknologi Forensik Bangunan dan Penyenggaraan
Diploma Teknologi Perkhidmatan Bangunan dan Penyenggaraan

KKTM Masjid Tanah

Diploma Teknologi Kejuruteraan Automotif
Diploma Teknologi Pemprosesan Polimer Komposit
Diploma Teknologi Pemprosesan Seramik
Diploma Teknologi Pemprosesan Plastik
Diploma Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa



Ok,kalau adik2 berminat dengan kos yang ditawarkan boleh mohon secara online nanti.

1. Untuk kemasukkan Januari dan Oktober boleh melalui aplikasi spupim(percuma)
2. Untuk kemasukkan Julai boleh melalui Permohona UPU(perlu beli no pin unik id UPU)

Cik Dilah syukur sangat bila dapat sambung KKTM Lenggong ni.. Mana taknya, yuran pengajian setiap sem berpatutan, asrama disediakan, elauan ada(part ni paling Cik Dilah syukur sangat2), pensyarah dekat sini sporting, enjoy kelas especially practical class...paling awesome kursus diploma yang Cik Dilah ambik ni fit sangat2 dengan passion and minat. I don't want to lose this golden chance anymore.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Berkayak di Tasik Raban

COVID19(2020)