COVID19(2020)
👾👾WABAK CORONOVIRUS (COVID‑19) di Malaysia👾👾
Parodi
santai
_____________________________________________________________________________
Akak
Supering Abad 21 : “Siapa COVID19? Aku
tak vote dia, siapa COVID19? Aku tak undi dia. Orang cakap orang Malaysia ni
diam diri, tak kisah kalau poli itik tukar.”
Akak Supering Abad 21 : “Tak
kisah duduk boleh makan keropok super ring dengar berita, hey aku tak macam tu
lah aku marah, siapa dia?,” kata wanita tersebut.
Me
: Akak Super Ring bawak sabar banyak2. Meh sini kami nak explain kat akak.
Benda boleh settle baik2, tak perlu panas buat perhimpunan cacing kepanasan
gitu. Tercemar kesucian dataran Merdeka tu..Adehh
Okay
untuk menjawab soalan kakak supering ni siapa COVID19, so let make some
research and kita kongsi apa-apa maklumat dengan ruangan komen kay... ;)
Hi!! My
nickname is COVID-19 that also known as
Coronavirus. Even I’m just a tiny thing that only can be seen with naked
eyes, many people got panic and scared to death when hearing about me. FYI also, as
fears of me rise, crime cases already decline in some cities!! You should
thank on me on that Brother and Sister sekalian
7 April 2020: Indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP sejak 18 Mac, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
WHAT???!!
COVID
19 adalah penyakit berjangkit baru yang dibawa oleh virus baru. Kes Covid-19
pertama muncul pada akhir 2019 di sebuah daerah di China iaitu Wuhan. Kes
penyakit misteri ini juga berlaku seiring dengan kes penindasan kerajaan China
ke atas Muslim Uighur masa tu. Selepas itu, jangkitan itu telah merebak ke
banyak negara di seluruh dunia dan menjadi pandemik.
What
is pandemik??It’s sound lika pandamix lol…Istilah pandemik merujuk kepada wabak
yang menyerang dalam skop lebih besar
dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti atau daerah semata-mata. Wabak ini
akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua
atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Macam ni, asalnya
Covid19 ni tersebar dekat area Wuhan dan daerah berdekatan dengannya tetapi
lama kelamaan wabak ni terus berjangkit ke seantero dunia dengan pantasnya.
Gituu..
Masa
ni, haaaa memang ramai rakyat Malaysia yang tak puas hati dengan tindakan
kerajaan China cakap ni bala dari Tuhan untuk
kerajaan China yang tak berhati perut tindas rakyat sendiri yang berbeza
fahaman agama. Time ni, aku pun terikut-ikutkan perasaan and aku pun kecam
China cukup-cukup. Tapi, lepas apa yang jadi dekat fronliner dan insan-insan yang terkena tempias wabak ni. Jadi kesian la
pulak.Tak nak kecam lama2, sebab kesian dekat hati ni..jadi koi hitam lagi dok
kecam orang..hehehehe
Antara tanda COVID-19 ni adalah seperti berikut.
Kalau ada salah satu simptom ni, masing-masing jangan takut untuk pergi klinik atau hospital untuk buat ujian saringan. Pihak Kementeria Kesihatan Malaysia juga ada sediakan satu sistem Online Appointment untuk mengurangkan isu kesesakan di klinik kesihatan di samping bagi tujuan jarakan sosial semasa pandemik penyakit Covid-19. Nak tahu lebih detail,klik link ni okay
(https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/561420/online-appointment-untuk-ujian-saringan-covid-19)
(https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/561420/online-appointment-untuk-ujian-saringan-covid-19)
Ok,PENULARAN wabak COVID-19 di Malaysia bermula seawal 25 Januari 2020 selepas pelancong dari China yang memasuki tanah air dari Singapura disahkan menghidap wabak itu.(Boleh refer balik di link:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/usaha-malaysia-dalam-menangani-pandemik-covid-19-236795)
Perintah
Kawalan Pergerakan(PKP) telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin padaa 16 Mac dan telah dilaksanakan mulai 18 hingga 31 Mac di
seluruh negara. Masa ni, Malaysia dah masuk fasa pembendungan akhir (late containment) dimana 553 kes positif COVID-19 telah disahkan. Majoriti pesakit COVID19 adalah kluster jemaah tabligh. 12 individu telah dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Perintah kawalan selama 14 hari ini membabitkan pertamanya larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Walaupun berlaku peralihan kerajaan masa ni, misi kerajaan masih sama iaitu untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19.
Tapi nampak gayanya peperangan melawan COVID19 ni masih jauh lagi kawan-kawanku. PKP terus dilanjutkan.#stayathome#kitajagakita
10 April 2020: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu dari 15 April hingga 28 April.
Sesi persekolahan mungkin ditangguh sehingga keadaan kembali pulih.
Sekarang, bukan masanya nak fokus kepada salah siapa, tuduh orang tu orang ni sebagai pembawa, kecam orang yang kena covid..Stop discrimination!!!Itu mindset orang kelas ketiga yang hanya fokus kepada masalah dan suka menyalahkan orang sahaja. Waktu sekarang ni, kita sepatutnya fokus kepada penyelesaian.. Bantu sesama kita untuk putuskan rangkaian covid ni dan bantu masyarakat di luar sana yang kurang bernasib baik untuk hidup dengan selamat dan bebas dari COVID19.
Lepas
wabak COVID19 ni, dalam sekelip mata kehidupan semua orang berubah. Terutamanya kehidupan masyarakat gelandangan dan masyarakat yang terdiri dalam kategori B40, sedih tengok hidup
depa lepas PKP ni..nak kerja cari duit belanja dekat keluarga tak boleh buat
masa sekarang..ada sesetengah tu sebelum ni kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang tapi lepas PKP they have nothing to kais anymore.
Tapi apa-apa pun,
Alhamdulillah masih ramai insan yang berhati mulia di Malaysia yang sudi beri
sumbangan bantuan makanan dan mengambil
risiko keluar dari rumah untuk bantu insan-insan lain yang tak bernasib baik
tanpa mengira kaum dan agama. Terima kasih kepada semua NGO dan insan-insan
yabg berhati mulia. Semoga Tuhan membalas jasamu di akhirat nanti. Sekarang ni,
penyakit ni dah tersebar meluas dekat merata dunia dah termasuk Malaysia jugak.
COVID-19 adalah amaran yang menggegarkan dunia supaya manusia mula berfikir dan melakukan sesuatu perkara dengan betul.
PKP
ni sebenarnya menelan kos yang terlalu
tinggi bagi membendung COVID-19 dan ia beri impak yang
sangat besar terutamanya kepada sektor ekonomi Malaysia. Ya la, tak banyak sektor pekerjaan yang dibenarkan untuk buka. Bila tak ada yang boleh keluar kerja, mana nak datangnya duit. Tak ada duit, keluarga yang lain nak makan apa.😢
Time PKP ni kan, please guys ubah gaya hidup yang sebelum ni rajin membazir makan ka elektrik ka..ubah jadi berjimat cermat. Kita tak tahu benda apa lagi nak jadi dalam masa yang terdekat ni.
Ulasan
Catat Ulasan