Berkayak di Tasik Raban
❤️❤️Assalamualaikum❤️❤️
Hi🙋 dan salam sejahtera semua,
Untuk entri kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku berkayak sebelum ni(flashback). Ceritanya, pada waktu malam yang tenang sambil terdengar bunyi cengkerik dari luar tingkap bilik, melayan perasaan di atas katil dalam bilik..tetiba kawan aku sorang ni datang menjengah bilik secara mengejut nak ajak pergi berkayak esok pagi. Hurmm...Aktiviti menarik untuk diisikan pada waktu lapang, tapi masalahnya aku tak pernah lagi berkayak seumur hidup ni. Dia cakap senang jaaa berkayak tu, kena pandai kawal paddle jaaaaaaaaaaa. Bila dia cakap macam tu(kedengaran macam semudah a,b,c)aku pun mengiyakan sahaja permintaan kawan kesayangan aku sorang ni.
Destinasi pertama aku berkayak adalah Tasik Raban, Perak sebab lokasi ni paling dekat sangat dengan kawasan kolej. Tasik Raban ni juga adalah destinasi yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga ataupun kawan-kawan(especially yang kaki memancing). Tasik raban ni adalah salah satu tasik buatan yang bersatu dengan Sungai Perak dan terhasil daripada pembinaan empangan Chenderoh. Dekat Malaysia, ada dua ja tasik semulajadi iaitu Tasik Bera dan Tasik Chini . Yang mana yang kaki memancing tu, boleh la datang tasik ini sebab tasik ni memang kaya dengan spesies ikan air tawar macam loma, lampan, baung dan patin. Kawasan sini memang terkenal dengan produk ikan pekasam. Jadi tak hairan la kalau sepanjang jalan utama di Lenggong ni, hampa akan nampak deretan gerai menjual pekasam. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik dekat Lenggong ni tapi aku akan ceritaan dalam entri yang seterusnya. Aku akan ceritakan lebih mendalam pasal tempat-tempat menarik di Lenggong ni. FYI, kawasan Lenggong,Perak ni sebenanrnya telah diwartakan sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia dari UNESCO pada 2 Julai 2012(bukan beshe-beshe taw). UNESCO stand for Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(panjangnya). Ok, itu la serba sedikit pasal Tasik Raban dan Lenggong.
😍😍😍Cantikkan😍😍😍 |
Go back to my story, aku dengan kawan-kawan aku jalan kaki saja pergi sana cuma balik tu mintak Pak Cik Nasir hantarkan sebab penat berkayak dan cuaca hari tu panas terik sangat. Risau kalau terkena strok haba plus masing-masing nak jaga kulit sebenarnya😂😂.
Perjalanan ke Tasik Raban dimulakan seawal 8.00 pagi sebab nak menikmati suasana dingin pagi yang berkabus dan nak menikmati roti canai untuk sarapan. Tak nak la berkayak sambil matahari tercacak duduk atas kepala, tak selesa nanti. Panas satu hal,pas tu tak nak muka sunburn. Sambil-sambil tu masing-masing jogging dulu untuk warming up badan sebelum berkayak. Aktiviti warming up ni penting sebelum mulakan sebarang aktiviti sukan sebabnya untuk pastikan badan kita bersedia secara fizikal dan mental(elak body cramp) dannnnnn elakkan kecederaan yang serius.
Suasana dekat Lenggong awal pagi sememangnya bertepatan dengan konsep "BACK TO NATURE", sangat laaaaa lengang dan tak sesibuk suasana di bandar. Suasana kampung. Menikmati ciptaan Tuhan, bukit menghijau, udara segar, kicauan burung. No traffic jam. Buktinya tengok gambar bawah ni
Sempat bergambar di kawasan lampu isyarat kejap sebab tak ada langsung kenderaan lalu lalang pagi tu. |
Yeah!!Sampai dah Tasik Raban. Walaupun berjogging tapi masing-masing tak berpeluh sebab sejuk😅 sangatttttt |
Lepas selesai sarapan, masing-masing dah bertenaga dan semangat pun berkobar-kobar maka bermulalah aktiviti berkayak. Harga tiket untuk berkayak adalah RM 10 untuk seJAM bukan seHARI. Macam mahal la pulak sebab survey,paling lekeh pun harga RM 8. Tapi,tak apa lah bukan selalu nak mencuba benda barukan?. Pesanan kasih sayang! Pakai pakaian yangg sesuai untuk mudahkan pergerakan dan selesa bila berkayak. Jangan pakai seluar jeans!Kalau la tetiba hampa lemas, takkan lagi susah nak selamatkan diri nanti.
Suasana Tasik Raban yang menenangkan |
Selepas bayar tiket, pilihlah jaket keselamatan yang bersesuaian dengan saiz badan dan paling penting pastikan wisel di life jacket berfungsi dengan baik. Awal-awal nak check wisel tu, aku geli la juga sebab aku pikir mesti dah banyak mulut tiup wisel tu...hahahha..pas tu aku mintak dekat akak tu nak basuh wisel tu dulu dan harap-harap tak tersumbat la wisel tu dengan air. And yes, wisel berfungsi dengan baik.
Lepas tu, akak Nurul selaku pekerja di situ akan tolong ambilkan kayak dan dayung. Bila dah masuk dalam kayak, tetiba aku mula dah risau kalau kayak tak stabil, macam mana ni kalau kayak terpusing ni, macam mana kalau tetiba dayung terlepas dari tangan, macam mana kalau tetiba ada buaya ataupun anakonda dalam tasik ni(banyaknya kalau)...pas tu baru teringat, tak pandai berenang pulak tu.Tasik Raban ni dah la besar..Astagfirulhalazim, terdetik dalam hati kenapa la sekarang baru terfikir mcam tu.
Akak tu pun terus tanya sama ada sebelum ni ada pengalaman berkayak tak. Masing-masing geleng kepala seboleh-bolehnya kecuali Bie. Dia sorang ja muka bahagia manakala yang lain muka dari pada happy go lucky dah bertukar suram sebab masing-masing dah mula overthinking. Akak tu senyum ja tengok muka aku dan dengan tenangnya dia cakap "Jangan takut dik, senang je. Ikut arahan dan paling penting jangan gelabah yee. Kalau ada apa tak tahu ke terus tanya".
Dalam hidup ni, jangan takut untuk cuba benda baru dan keluarkan diri anda daripada Zon Selesa |
Tarik nafas, hembus dan masing-masing mula mengemudi kayak ikut arahan akak tu. Bismillahirahmanirahim. Kiri..kanan..kiri..kiri..kanan..kiri...Walaupun mula-mula tu ada kayak yang bergerak tak tentu hala tapi akhirnya masing-masing dah pandai mengemudi kayak dah.. Yeah!! Everyone enjoy the moment with excitement. Suasana Tasik Raban yang asalnya tenang dan sunyi tu, mula riuh dan dipenuhi dengan gelak-ketawa kami sahaja. Marah pak-cik yang memancing ikan dekat situ sebab ikan semua lari..hahhaha...Paling bahagia sebenarnya boleh menikmati keindahan sekitar Tasik Raban.. Subhanallah sangat cantik dan mendamaikan hati.. Rasa macam nak buat rumah atas air tengah-tengah tasik ja.
Akhirnya masing-masing dah mula berani berkayak ke kawasan yang lebih jauh |
Masing-masing penat mendayung, jadi berehat kejap di tepi tasik yang berhampiran dengan Resort Tasek Raban
Jambatan Raja Muda Nazrin sepanjang 742 meter yang merupakan jambatan terpanjang daripada sembilan jambatan yang dibina di Negeri Perak. |
Lagi satu tips bila sewa kayak ni,hampa kena set masa taw. Macam aku kali pertama berkayak, memang tak ingat lagsung nak set jam. Lebih daripada sejam berkayak rupanya, tapi sebab akak Nurul baik hati dia bagi kami berkayak sampai puas. Dari pukul 9 lebih sampai pukul 10 lebih jugak berkayak.Lepas selesai berkayak, masing-masing pergi isi perut di Restoran Teringat Lenggong.
Jalan dalam beberapa langkah ja pergi restoran tu. Restoran ni antara kedai makan paling terkenal dekat Lenggong yang menyajikan masakan kampung. Satu talam hanya RM20 sahaja. Menu yang terdapat dalam satu talam ni adalah nasi, ulam-ulaman, gulai ikan, pekasam, kicap cicah, sambal belacan, ikan bakar, kerabu atau pecal dan 1 jug air sirap. Macam kawan-kawan aku jenis tak makan banyak, jadi satu talam tu boleh kongsi untuk 6 orang dan kami tambah lauk ikan bakar dengan 1 jug air sirap lagi. Gulai ikan dia memang style orang lama masak - bak kata orang macam mak-mak masak. Jadi siapa yang rindukan masakan kampung boleh la mai singgah sini.
Nyum nyum... Makanan dalam talam seperti mana yang pernah menjadi hidangan kerabat diraja dahulu kala. |
Muka kelaparan sebenarnya ni |
Lagi satu, restoran ini berkonsepkan dalam taman yang sekali gus akan berikan rasa cukup nyaman dan selesa masa makan. Ada pondok kecil yang dibina menghadap Tasik Raban memang menaikkan lagi selera kami semua dengan duduk bersila sesuai sekali dengan cita rasa masakan tradisionalnya. Peringatan, kalau ada hasrat nak makan sini, datang la awal sebab waktu tengahari memang ramai sangat orang mai sini.
Kali kedua pergi berkayak adalah 9 Januari 2019 dan keesokkan paginya,10 Januari 2019 masuk berita Metro pasal penemuan rangka manusia bawah jambatan tu😱😱https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/410749/rangka-manusia-bawah-jambatan..Hahahha..Aku bagi taw pasal berita ni dekat kawan-kawan aku yang ikut pergi berkayak. Masing-masing cakap, tak nak pergi kayak situ dah..Aduhai...Nasib baik la tak terserempak dengan rangka tu😅😅
Lepas ni nak berkayak p mana pulak??
BalasPadam